Serikandisufi impian setiap hamba yang bergelar wanita solehah...tholibatul ilmi fi Jamiah Al- Azhar As-Syarif,
Qismul Hadis Waulumuhu,
Usuluddin Kuliah Banat Qaherah...Keredhaan Allah Matlamat Utama dalam menempuhi musafir hamba didunia yang fana' ini..
sahabat yang dihormati sekelian dan didoakan semoga sentiasa dirahmati ALLAH.
Bismillahirrahmanirrahim.
Percaya tak kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.
Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya,,,,,
1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...wal'ia zubillah.
2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.
Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang. Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!
3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang langgang untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!
4. Golongan yang lalai dalam sembahyang
Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah di masjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, di waktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hilang dan lain-lain. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, wal'ia zubillah.
5.Golongan yang sembahyang tarik tali.
Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Tuhan nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.
6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca.dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua di depan Tuhan, manalah Tuhan suka!
7.Golongan yang selamat.
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.
8.Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kepada raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.
9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kepada ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbiya' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kepada mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.
Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..
Seterusnya, demi meningkatkan kefahaman terhadap Islam, seseorang wajarlah tidak ketinggalan menyertai sebarang program agama yang diwujudkan didalam masyarakat setempat. Contohnya, majlis-majlis Ceramah Agama, Majlis Maulidur Rasul, Majlis Berkhatam Al-Quran, Tahlil, Sembahyang Berjemaah di Masjid, Sembahyang Hari Raya, Sembahyang Tarawih, Majlis Berbuka Puasa dan juga Majlis Perkahwinan. Diantara kebaikan yang diperolehi dari majlis-majlis begini adalah:
- Mengeratkan tali silaturrahim diantara sesama jiran tetangga dan masyarakat setempat.
- Menambah pengetahuan dan kefahaman Islam.
- Meninggikan Syiar Islam.
- Mengamal agama dalam segenap aspek kehidupan.
Setelah memahami Islam secara keseluruhan, setiap anggota keluarga perlulah mengamalkannya dari seluruh aspek kehidupan mereka. Selain dari apa yang telah digariskan Islam secara khusus, perkara-perkara lain juga akan menjadi ibadah sekiranya menempuh lima syarat berikut:
a. Niat mestilah kerana Allah
b. Perlaksanaan mestilah mengikut syariat Islam
c. Apa jua yang dilakukan itu sah menurut Islam
d. Tidak melanggar perkara asas dalam Islam, umpamanya rukun Islam yang lima.
e. Natijah yang betul disisi Allah
Contohnya berniaga. Seseorang dikira sedang beribadah disepanjang dia berniaga jika menurut kaedah lima syarat di atas.
a. Niatnya berniaga adalah kerana Allah. Iaitu:
- Mencari rezeki demi menyara keluarganya untuk memenuhi tanggungjawab kepada keluarga.
- Membekalkan bekalan makanan suci dan bersih, melepaskan tuntutan fardhu kifayah umat
b. Perlaksanaannya menurut syariat Islam
- Tidak melakukan penipuan dari sudut timbangan atau teknik jual beli.
- Menjauhi riba
c. Apa yang dilakukan itu sah disisi syariat Islam.
- Dia tidak menjual sesuatu yang diharamkan atau makruh disisi Islam, seperti daging babi, arak, tiket loteri atau rokok.
d. Natijahnya adalah kerana Allah
- Apa jua keuntungan yang diperolehi dari perniagaannya, yang lebih dari keperluannya digunakan untuk kemaslahatan umat Islam. Contohnya memberi sedekah, membangunkan pondok menunggu bas dan sebagainya.
Begitulah tamsilannya untuk perbuatan-perbuatan lain seperti memasak, menjahit, beriadah dan rekreasi, berhibur, menguruskan rumahtangga, membersihkan kawasan rumah, berinteraksi dengan jiran tetangga, menjalin silaturrahim, bersama-sama mencegah yang mungkar dan mengajak orang mengamalkan perkara yang makruf.
MEMBEBASKAN RUMAH DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG DI HARAMKAN
Rumahtangga hendaklah dibebaskan dari perkara-perkara yang diharamkan. Perkara-perkara yang diharamkan oleh agama terdiri dari berbagai bentuk. Contohnya seperti makanan, barang-barang perhiasan rumah berupa patung-patung, arak, gambar-gambar bintang popular, kalender yang mendedahkan aurat, alat pandang dengar seperti kaset dan video, alat-alat solek dan barang keperluan keluarga seharian seperti beg dan kasut kulit, sabun mandi, ubat gigi, ubat-ubatan dan sebagainya. Kesemua ini hendaklah dipelihara dari mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti berikut:
1. Memastikan makanan minum dari sumber yang halal.
Ibubapa hendaklah memastikan bahawa makanan yang dimakan oleh ahli keluarga adalah benar-benar halal dan jauh dari sumber-sumber syubhat. Ini termasuklah:
Bahan-bahan dari mana ia diperbuat – mungkin mengandungi unsur-unsur khinzir, alkohol, gelatin dan sebagainya.
- Cara memperbuatnya – menggunakan daging yang tidak disembelih secara Islam.
- Barang makanan seperti sayur-sayuran, telur, ikan dan daging, minuman hendaklah dicuci dengan bersih. Jika tidak, ahli keluarga akan termakan makanan yang mengandungi najis. Air yang dimasuki semut dengan sengaja hukumnya najis.. Dan ia hendaklah dibuang dengan sesudu air. Kebanyakan orang suka mengambil mudah perkara-perkara ini. Walhal kecuaian menjaga kebersihan, akan menyebabkan hati seseorang menjadi gelap. Hati yang gelap sukar menerima hidayah dan petunjuk dari Allah.
2. Menjaga persekitaran rumah kekotoran.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, mereka sudah pastinya tidak dapat lari dari masalah pembuangan najis merata-rata. Walaupun kanak-kanak itu telah dibalut dengan lampin dengan sempurna, kadangkala berlaku juga kebocoran dimana-mana. Oleh itu, pastikanlah bahawa najis-najis ini telah dicuci dengan bersih mengikut kaedah feqah yang betul. Jika tidak, tidak sah amalan yang dilakukan oleh ahli rumah jika najis itu terbawa atau melekat pada tempat sembahyang, anggota badan dan pakaian.
MENANAM BIBIT-BIBIT AGAMA DI KALANGAN ANAK-ANAK SEJAK AWAL LAGI
Didiklah anak-anak untuk mentaati perintah Allah sejak dari kecil lagi. Bagi anak-anak yang masih kecil, fitrah mereka asalnya bersih, iaitu mahu taat perintah Tuhan. Oleh itu, tidak menjadi masalah besar untuk mereka diajar mematuhi perintah Tuhan. Hanya ibu bapa yang perlu memastikan agar mereka dibiasakan dengan syariat Islam sejak kecil. Apabila ia telah besar, tidak susahlah bagi pihak ibu bapa hendak menyuruh mereka melakukan solat dan menutup aurat kerana ianya sudah menjadi satu budaya hidup mereka. Pepatah Melayu ada mengatakan Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung.
Jika sudah besar (remaja), baru hendak disuruh mengamalkan Islam, tentulah ibu bapa akan berhadapan dengan berbagai masalah dan alasan. Contohnya, pening kepala dan panas apabila diminta menutup aurat, berat untuk bangun mengerjakan solat Subuh, lidah sudah keras dengan sebutan lirik lagu-lagu barat yang kebanyakannya berunsur lucah, dan agak payah untuk diajar mengaji dan mempelajari ilmu Tajwid. Hatinya susah untuk memahami ilmu Tauhid kerana akalnya sudah dibiasakan mengenali sesuatu hanya berdasarkan logik dan nyata pada mata kasar saja.
Oleh itu, cara untuk menasihati anak-anak remaja ini tidak boleh dilakukan secara sebarangan. Ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran. Jika si ibu atau bapa bertindak kasar, berleter sehari-harian, mereka akan mudah merasa bosan, merajuk, lantas melarikan diri dari rumah. Oleh kerana itu, perlu ibu bapa mendidik anak agar cinta kepada Islam sejak mereka kecil lagi.
Diantara perkara yang perlu diajar kepada mereka adalah:
1. Ajarlah anak-anak mengenal Allah:
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Awal-awal agama ialah mengenal Allah.”(Hadith)
a. Semasa mengandung:
Seseorang ibu seharusnya banyak membaca al-Quran, berwirid, mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, beristighfar, bertaubat, berselawat dan sebagainya. Ini adalah supaya anak ini akan terbiasa dengan mendengar akan ayat-ayat Allah. Mudah-mudahan, dia akan membesar dengan jiwa yang dekat dengan Allah. Sensitif dengan Allah dan taat perintahNya.
- Dengan membaca Al-Quran:
Ibu juga akan diberi ketenangan jiwa oleh Allah sekiranya ibadat-ibadat ini dilakukan dengan penuh keikhlasan, khusyuk dan rasa kehambaan. Hasilnya ibu akan terhindar dari perasaan pemarah, kurang sabar, pendendam dan sebarang tekanan jiwa yang lazimnya dihadapi oleh wanita yang mengandung.
- Ibu akan diberi Allah kekuatan untuk menghadapi ujian hidup. Sudah pasti wanita yang mengandung kerap kali menerima berbagai perubahan perasaan selaras dengan pertukaran hormon didalam badan. Tambah pula, sesetengah mereka mengalami keadaan alahan seperti, muntah-muntah, pening kepala, dan sebagainya. Dalam masa yang sama, mereka terpaksa menjalankan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan tugas di pejabat. Tanpa kekuatan rohani, ibu-ibu akan mengalami tekanan perasaan dan mempengaruhi bayi yang sedang dikandung. Untuk mengatasi masalah ini, ibu-ibu perlu banyak melakukan ibadah-ibadah sunat.
b. Sewaktu kelahiran anak:
Anak-anak disambut oleh doktor dan jururawat Islam dalam suasana yang terkawal syariat. Diperdengarkan azan dan iqamah kepadanya, ditahnikkan dan sebagainya amalan yang disunatkan didalam Islam. Sekiranya ketika manusia mati, dia dihantar ke kubur dengan ditalqinkan. Maka, ketika dia dilahirkan ke dunia, juga dia disambut dengan ucapan Allah dan Rasul.
c. Peringkat awal usia (Usia bayi hingga peringkat pra persekolahan).
- Perkenalkan anak-anak dengan benda-benda dan makhluk ciptaan Allah yang wujud di sekelilingnya. Sama ada yang kecil atau besar. Yang dapat dilihat oleh pancaindera, dapat dirasa oleh derianya atau yang dapat difikirkan dengan akalnya. Contohnya: Menunjukkan kepada mereka tentang pokok, bahagian-bahagian yang terdapat pada pokok, warna daun, bunga, buah, memerlukan air, udara, tanah untuk hidup. Memperkenalkan tentang binatang-binatang, seperti harimau, kuda, ular, siput, ulat beluncas dan sebagainya. Begitu juga dengan malam dan siang, matahari, bulan dan bintang. Kesemuanya dikaitkan dengan Allah sebagai penciptanya.
- Ajak mereka berfikir tentang kejadian Allah ini. Sifat-sifat mereka, cara hidup mereka, ciri-ciri mulia yang ada pada mereka. Contohnya sifat bekerjasama di kalangan masyarakat semut, sifat kasih sayang yang wujud dalam diri binatang-binatang ini.
- Ajaklah mereka berfikir tentang kebesaran Allah, kekuasaan Allah, menerusi apa yang terdapat di alam ini.
- Cungkil matahati mereka untuk mengenal kekuasaan Allah yang luar biasa. Contohnya, kejadian langit tanpa tiang, tumbuh-tumbuhan yang segar bisa saja musnah oleh sebab banjir, kemarau. Semua ini tidak dapat dihindar oleh manusia. Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah yang tidak dapat ditolak oleh manusia. Tanamkan perkara-perkara ini dalam jiwa anak-anak agar mereka rasa gerun dengan kekuasaan Allah, hakikat Allah sentiasa melihat segala perbuatan mereka, merasa Allah sebagai pelindung utama, mengharap pada pertolongan Allah dan bersyukur dengan pemberian Allah.
2. Biasakan anak-anak dengan tatacara dan disiplin cara hidup Islam.
- Sentiasa mengawasi pergaulan, pertuturan mereka agar tidak bertentangan dengan Islam.
- Membiasakan mereka dengan sebahagian dari syariat dan adab-adab dalam Islam yang agak mudah untuk mereka lakukan. Contohnya, bersuci, bersembahyang, menutup aurat, berakhlak mulia, bersyukur, berdoa dan sebagainya. Berilah mereka ganjaran yang baik sekiranya mereka melakukan sifat-sifat positif ini.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Suruh anak-anak kamu bersembahyang, apabila mereka mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak bersembahyang, apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun, dan pisahkanlah antara mereka di tempat tidur.” (Riwayat Al Hakim dan Abu Daud)
“Kerjakanlah segala rupa ketaatan kepada Allah, dan takutlah membuat maksiat-maksiat kepadaNya, dan suruhlah anak-anak kamu supaya menurut segala perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya. Itulah yang dikatakan pemeliharaan diri mereka dan diri kamu daripada api neraka.” (Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnul Munzir)
- Suburkan jiwa mereka dengan cerita-cerita mengenai rasul-rasul, para nabi dan orang-orang soleh. Tujuannya supaya mereka suka meniru akhlak baik para kekasih Allah ini, seperti sabar menerima ketentuan Allah.
- Kemudian beransur-ansur mengajarkan mereka tentang adab-adab terhadap ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga, terhadap guru-guru dan teman-teman, adab makan-minum, bergaul; dan sebagainya.
Inilah diantara pendidikan yang patut dilakukan bagi anak-anak di peringkat pra sekolah.
MEMBINA PERSEKITARAN BERAGAMA
Dalam usaha memantapkan kefahaman Islam di kalangan anggota keluarga, ketua keluarga hendaklah mewujudkan persekitaran agama didalam rumahtangga. Diantara perkara yang boleh dilakukan termasuklah:
a. Memperbanyak koleksi buku agama
Ibu bapa hendaklah memperbanyakkan koleksi buku agama di rumah. Mengadakan perpustakaan kecil di rumah dan memberi perhatian khusus terhadap bahan bacaan agama. Ibu bapa boleh melanggan majalah dan surat khabar bercorak agama.
b. Minat kepada ilmu agama
Untuk menambah minat anak-anak terhadap ilmu agama ibu bapa boleh menjalankan langkah-langkah berikut:-
- Membawa anak-anak mereka ke pesta-pesta buku Islam.
- Mendedahkan mereka kepada ilmu agama dalam pelbagai bentuk, seperti konsert-konsert nasyid, kaset dan video (seperti Jejak Rasul), bahan-bahan multimedia, khemah ibadah dan sebagainya.
- Sewaktu masa lapang bersama keluarga, adakan dialog dan perbincangan dengan anak-anak tentang isu-isu semasa. Bincangkan tentang kebijaksanaan Islam dalam menangani masalah tersebut.
- Bawa anak-anak bermusafir, dalam sebuah kereta atau van, melancong sambil melihat kebesaran Allah ditepi-tepi pantai, bukit-bakau dan gunung-ganang. Sambil itu, ajak mereka memikirkan kebesaran Allah, mencungkil hikmah di sebalik kejadian alam tersebut. Atau tamsilkan alam semula jadi dengan kehidupan selepas mati. Umpamanya, mengibaratkan tasik yang terbentang luas sebagai lautan api neraka. Ini adalah untuk menimbulkan rasa gerun terhadap api neraka. Sekaligus menambah keyakinan terhadap pembalasan Allah..
c. Menyertai program peningkatan ilmu agama
Bawalah anak-anak menghadiri sebarang program yang boleh meningkatkan ilmu agama seperti kuliah-kuliah fardhu ain di masjid, surau, atau sebarang khemah-khemah ibadah. Bagi yang berkemampuan, bawalah anak-anak menziarahi tempat-tempat peninggalan sejarah Islam seperti di Turki, Sepanyol dan Uzbekistan. Begitu juga dengan tempat-tempat bersejarah seperti Laut Mati yang mempunyai sejarah berkenaan kutukan Allah terhadap orang yang melanggar perintahNya. Apa yang perlu ditekankan didalam lawatan ini ialah mendapatkan pengajaran tersirat dari sesuatu tempat itu.
d. Membentuk disiplin ibadah di kalangan ahli keluarga.
Latih anggota keluarga dan anak-anak dengan disiplin ibadah sejak mereka kecil.. Diantaranya ialah:-
- Membaca al-Quran menjadi aktiviti harian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada didalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-orang suciNya.” (Hadith)
Seelok-eloknya ibu dan ayah menjadikan kegiatan membaca Al-Quran sebagai aktiviti harian keluarga. Sambil itu, diperhatikan makna yang tersurat. Didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang berbentuk peringatan, doa, suruhan, larangan, amaran, ganjaran dan siksaan Allah. Selain dari itu terdapat juga pengetahuan berkenaan alam semesta. Selain berfungsi sebagai pelindung dari godaan syaitan, merenungi makna yang terdapat didalam ayat-ayat tersebut dapat menanamkan keinsafan dan menguatkan iman. Ayat-ayat Al Quran juga berfungsi memberi ketenangan jiwa kepada pembacanya. Allah berfirman maksudnya:-
“Dan diantara tanda-tanda kekuasanNya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.”(Ar-Rum : 24)
- Mempraktik sembahyang berjemaah.
Ibu bapa wajar memberi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Tidak memadai dengan hanya berkata-kata, menyuruh berbuat baik, beribadah, berbuat itu dan ini, tanpa mereka sendiri melaksanakannya. Salah satu caranya ialah dengan melakukan sembahyang berjemaah.
Sembahyang berjemaah merupakan satu cara halus yang wujud didalam Islam untuk menyatukan hati-hati manusia. Sewaktu Rasulullah mula membuka negara Islam di Madinah, masjid merupakan bangunan awal yang dibina. Masjid merupakan lambang perpaduan umat.
Umat yang bersatu padu akan kuat. Samada bersatu dalam membangunkan yang makruf atau mencegah yang mungkar. Didalam masjid, selain menjalankan ibadah sebagai sendi agama, umat Islam dapat berbincang hal-hal yang diharuskan didalam agama seperti menyelesaikan masalah masyarakat, dan mengatur berbagai program demi membangunkan negara. Pada zaman silam, masjid juga digunakan sebagai tempat ahli perang mengatur strategi peperangan, dan juga sebagai tempat para cerdik pandai dan pakar-pakar Islam dari berbagai bidang berbincang demi kemaslahatan umat. Tetapi di zaman ini, amatlah menyedihkan apabila masjid menjadi sarang penagih dadah!
Dalam konteks rumahtangga, sembahyang jemaah berperanan sebagai alat yang mengikat hati ahli keluarga. Mungkin ianya susah diterima menurut logik akal. Tetapi cuba anda perhati falsafah yang terkandung disebalik perbuatan ini. Dalam sesebuah keluarga, selalunya ayah dan ibu sibuk seharian mencari nafkah bertugas di luar rumah.. Lewat petang, atau lewat malam baru masing-masing pulang ke rumah. Anak-anak pula seharian tidak bertemu ibu dan ayah. Pulang dari sekolah lewat maghrib dan setengahnya pula terpaksa pergi ke tuisyen di sebelah malam. Tidak punya masa panjang dengan ibu dan ayah. Akibatnya, ikatan hati di antara ibu ayah dan anak-anak akan menjadi longgsar. Anak-anak akan bertindak liar dengan ibu bapa mereka.
Oleh itu, ibu dan ayah perlu melaungkan sedikit masa berkumpul sesama ahli keluarga. Diantara caranya ialah menjalankan solat berjemaah setiap hari. Paling kurang, ambillah waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Selesai menjalankan solat berjemaah ini, ibu ayah serta anak-anak bersalam-salaman diantara satu sama lain. Isteri memohon maaf terhadap suaminya. Terdapat dalam satu hadis bermaksud, apabila isteri bersalaman dengan suaminya, maka akan gugurlah segala dosa-dosa dari celah jari-jarinya. Anak-anak mencium tangan kedua ibu dan bapanya. Konsep kemaafan ini seharusnya menjadi amalan setiap masa dan bukannya hanya di pagi Aidil Fitri saja. Bermaaf-maafan ini dapat melapangkan dada kerana dendam kesumat akan hilang. Fikiran akan lebih sihat dan jiwa lebih tenang. Perhubungan diantara sesama ahli keluarga bertambah erat.
Sekali-sekala jika ada kelapangan, atau dihujung minggu, ayah sebagai ketua keluarga seelok-eloknya memberi beberapa pesanan, nasihat dan peringatan agama untuk ahli keluarganya.
Selang masa diantara waktu Maghrib dan Isyak boleh juga digunakan untuk mendekati anak-anak. Menyelami perasaan dan masalah seharian mereka. Gunakan pendekatan berbeza ketika cuba menyelami perasaan mereka. Anak-anak sangat mengharapkan ibu bapa dalam menghadapi hidup ini. Ibu bapa sewajarnya menjadi rakan baik dan kaunselor kepada mereka.
Gunakanlah pendekatan yang bijaksana. Maka mereka dengan mudah akan menceritakan masalah mereka. Dengan cara ini, anak-anak lebih menghormati dan menghargai ibu bapa mereka.
Sekiranya ibu bapa menggunakan pendekatan yang keras (sebagaimana orang-orang tua dahulu kala), mereka akan lari. Mereka akan pergi mendapatkan kawan-kawan mereka untuk meminta nasihat dan pandangan.. Sekiranya mereka bertemu dengan kawan yang baik, beruntunglah mereka. Tetapi jika sebaliknya, kecelakaanlah bakal menimpa.
Selain dari itu, bilamana sembahyang berjemaah dilakukan, ayah, ibu, dan anak-anak, masing-masing akan tunduk, merafak sembah di hadapan Allah, seolah-olah mereka menyatakan kesanggupan masing-masing menjalankan hak-hak dan tanggungjawab yang telah dibebankan oleh Allah ke atas bahu mereka.. Masing-masing seolah-olah membaharui ikrar kepada Allah SWT untuk menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahNya dengan bersungguh-sungguh.
e. Adakan ruang khas untuk solat dalam rumah
Ibu bapa sewajarnya membina satu ruang khas untuk solat di rumah. Bilik ini seelok-eloknya terletak di satu sudut rumah yang jauh dari kebisingan radio dan televisyen, agar tidak mengganggu orang yang sedang beribadah didalamnya. Didalam bilik ini boleh ditampalkan dengan poster-poster doa harian, gambar-gambar pemandangan alam semula jadi yang harmoni, mengingatkan hamba kepada kebesaran Tuhannya. Boleh juga dihiaskan dengan poster berkenaan ingatkan mati. Mudah-mudahan dengan adanya poster-poster begini dapat membantu mendapatkan sembahyang yang khusyuk.
Disatu sudut pula boleh diletakkan buku-buku agama, kitab-kitab, surah Yasin dan Al-Quran. Ini untuk memudahkan ahli keluarga membaca Al-Quran selepas selesai menunaikan sembahyang.
MENJALIN RANGKAIAN SAHABAT YANG CINTA KEPADA AGAMA
Didalam sebuah hadis, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, bahawa seseorang itu adalah menurut agama temannya. Maksudnya, kelakuan seseorang itu amat dipengaruhi oleh tingkah laku rakan-rakan sepergaulan dengannya. Jika orang-orang yang menjadi teman sehariannya baik, maka perangilah perangai seseorang itu. Dan sebaliknya:
- Membiasakan anak-anak dengan orang-orang yang cinta agama.
- Meletakkan anak-anak di bawah jagaan pengasuh yang cinta agama.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka hendaklah memastikan bahawa anak-anak kecil mereka dihantar kepada pengasuh-pengasuh yang berakhlak baik dan menghayati Islam. Anak-anak ini akan didendangkan dengan kalimah-kalimah Allah sewaktu mereka ditidurkan. Mereka terhindar dari mendengar perkataan-perkataan yang buruk, kotor dan carut-marut. Pengasuh yang beriman akan memastikan bahawa anak-anak ini dihidangkan dengan makanan yang bersih dan suci dan terbiasa dengan akhlak yang mulia. Apabila anak-anak dibiasakan dengan pengasuh-pengasuh yang bersembahyang, mengaji Quran, anak-anak terbiasa dengan amalan-amalan Islam sejak kecil.
- Menghantar anak-anak ke tadika dan sekolah agama
Pastikan bahawa anak-anak dihantar ke institusi yang berteraskan Islam. Di tadika Islam, terdapat berbagai jenis pengisian berbentuk Islam diberi kepada anak-anak. Contohnya, anak-anak diajar adab-adab dalam Islam, akhlak mulia, hiburan berbentuk Islam dan cerita-cerita teladan Islam. Anak-anak akan diperkenalkan dengan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, kisah nabi-nabi yang penuh dengan contoh tauladan yang baik. Anak-anak akan terpengaruh dengan sifat mulia orang-orang yang menjadi kekasih Allah ini.
Disekolah agama pula, selain dari anak-anak berpeluang mempelajari ilmu fardhu ain, mereka berpeluang belajar bahasa Arab.
Sebagai kesimpulannya, anak-anak yang dibiasakan bergaul dengan orang-orang yang soleh dan beriman, akan mendapat pengetahuan yang berguna dan terpengaruh dengan akhlak mulia mereka.
Dalam konteks kehidupan berkeluarga, suami isteri boleh menjalin persahabatan dengan sahabat-sahabat yang cintakan agama. Iaitu orang-orang yang suka menegakkan perkara-perkara yang menjadi suruhan Allah dan menjauhkan diri dari larangan Allah. Untuk ini, mereka boleh membentuk satu perkumpulan di waktu hujung minggu, mengadakan majlis perjumpaan di rumah sesama mereka. Dalam majlis perjumpaan ini, selain untuk menambah tali silaturrahim, bolehlah diadakan sessi kuliah dan perbincangan mengenai hal-hal agama.
MEMBERI PENEKANAN SEIMBANG ANTARA ILMU AGAMA DAN AKADEMIK
Untuk menjalankan tugas sebagai seorang khalifah Allah, seseorang manusia perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu agama dan akademik. Ilmu akademik disini meliputi pengetahuan di bidang sains dan teknologi, sama ada di sudut teknikal atau vokasional. Keduanya saling lengkap-melengkapi diantara satu sama lain. Perhatikan yang berikut:
i. Kurang ilmu agama tetapi lengkap ilmu akademik.
Tanpa ilmu agama, manusia akan hidup liar, mementingkan diri sendiri dan berperangai seperti haiwan.
Rumahtangga dapat menjadi porak peranda. Suami dan isteri bercakaran, lupa dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Walaupun masing-masing berkelulusan tinggi di bidang akademik. Di tempat kerja, merekalah jaguh, pemimpin yang disegani, pekerja contoh. Tetapi berhadapan dengan ragam pasangan masing-masing dan anak-anak di rumah, mereka tidak dapat bersabar. Mudah saja melepaskan geram dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap pasangan masing-masing atau anak-anak yang tidak berdosa. Maka berlakulah berbagai-bagai kes penderaan. Pengetahuan tinggi di bidang akademik tidak mampu menjadikan mereka manusia yang sabar, bertolak ansur, bertanggungjawab dan berkasih sayang.
ii. Kurang ilmu akademik tetapi lengkap ilmu agama.
Didalam situasi hidup berkeluarga, taraf ekonominya amat bergantung kepada tahap ilmu akademik ahlinya. Jika rendah tahap akademik, akan rendahlah taraf ekonomi keluarga tersebut. Hidup dalam serba kekurangan, makanan, perlindungan, kesihatan juga turut terjejas.
Kedapatan ahli keluarga yang ramai, tetapi terpaksa tinggal didalam sebuah rumah sempit berbilik dua. Adik beradik lelaki dan perempuan, malah kadang-kala ibu dan ayah tidur setempat. Dengan tidak sengaja, si ayah telah meniduri anak perempuannya yang disangkanya isterinya. Kejadian seperti ini pernah diceritakan oleh seorang lelaki didalam sebuah akhbar tabloid di Malaysia.
Dalam menghadapi situasi hidup yang miskin, bagi orang yang lemah imannya, mudah saja terjerumus ke dalam lembah dosa. Mereka sanggup membuat kerja-kerja yang diharamkan seperti mencuri, melacurkan diri, menjual dadah dan sebagainya demi untuk mendapatkan sesuap nasi atau hidup mewah. Walau pun, mereka tahu sesuatu perbuatan itu haram hukumnya disisi Islam.
Kesimpulannya, ilmu agama dan ilmu akademik saja kepentingannya. Ia saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Yang terlebih utama ialah penghayatan terhadap ilmu agama itu sendiri. Ilmu akademik membekalkan manusia dengan kemahiran teknologi untuk membina pembangunan dunia. Manakala penghayatan terhadap ilmu agama akan membentuk individu yang bertaqwa, amanah, jujur dan bertanggungjawab didalam menjalankan kerjanya.
Dengan kata lain lahir individu yang digelar ‘ahli sufi yang berteknologi’. Iaitu seorang yang bekerja keras untuk kehidupan dunia, membangunkan tamaddun dunia. Produktiviti negara akan bertambah. Namun, hatinya tidak terlekat atau tertipu dengan kehidupan dunia itu sendiri. Apa yang pernting baginya ialah mencari keredhaan Allah.
SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT
Ibu bapa, suami dan isteri yang telah sedar dan mahu menghayati Islam, mestilah sentiasa berdoa agar Allah akan mengekalkan hidayah dan petunjuk yang diberikan ke atas mereka sekeluarga. Berdoalah dengan doa-doa yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW seperti:
a. “Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kami, berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi.(Al Hasyar: 10)
b. “Ya Allah berikanlah dari isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami orang-orang yang menjadi idaman hati di masyarakat, dan jadikanlah kami menjadi ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Furqan: 72)
c. “Ya Allah, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Al Baqarah: 127)
d. “Ya Allah, kami mohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu dan berkah rezeki. Dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada gelombang sakratul maut, dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab.”
- Memohon kebaikan dunia dan akhirat.
- Memohon dimatikan didalam Husnul Khatimah (baik kesudahan) dan dijauhkan dari Suul Khatimah (buruk kesudahan).
PENUTUP
KELUARGA merupakan asas kepada pembangunan negara. Keluarga yang bahagia akan melahirkan rakyat yang dapat menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Kebahagiaan sesebuah keluarga pula amat bergantung kepada sejauh mana ahli keluarga itu berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran agama Islam. Penghayatan terhadap agama dan berpegang teguh kepada etika hidup yang baik akan menjamin kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Menjadi kewajipan setiap ahli keluarga mengamalkan nilai murni dan ibubapa hendaklah konsisten dalam mendidik anak-anak agar sentiasa mengamalkan perintah serta menjauhi larangan Allah.
-Sesuai diamalkan selalu untuk menghasilkan kepintaran minda......
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting,lupa letak barang,lupa makan ubat,lupa fakta-fakta,lupa tutup kipas,lupa arah jalan,lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya,kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.Antaranya ialah:
a) Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur.Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.Oleh itu,amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
b) Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu.Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran.Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu,kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran dan sebagainya.
c) Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita.Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan.Oleh itu,lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
d) Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu,daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
e) Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda.Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa pakar atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
f) Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon,ubat darah tinggi,anti-kemurungan dan sebagainya.Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat,konsultasi dengan doktor.Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
g) Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun,kursus kemahiran jangka pendek,menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
h) Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.Contohnya, catur,scrabble (Sahibba) dan Monopoli.Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation.Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
i) Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian.Membaca dapat meluaskan pengetahuan,mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
j) Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
k) Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu,contohnya matlamat hidup.Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
l) Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.Selain itu,anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
m) Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim,amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari.Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W."Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!
Daripada beberapa dalil Qur'an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam. Firman Allah (maksud):
"Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. "(Maaidah: 4)
Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
"Katakanlah:' Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa'at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?" (Yunus:59)
Firman Allah (maksud):
"Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk." (al An'am: 140)
Firman Allah (maksud):
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka.." (Ankabut: 64)
RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda':Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.
KATA IMAM AL GHAZALI:
Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.
Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.
Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.
Oleh itu kita mesti mengambil hukum 'am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la'ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).
Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi'iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu'asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..
Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.
Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara'iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra' (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).
PANDANGAN ULAMA" TERHADAP MUZIK
Pandangan yang diutarakan sebelum ini merupakan hujahan daripada beberapa tokoh ulama’.Dan pada keluaran ini dipaparka beberapa fatwa berkaitan hukum muzik didalam islam.Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:
Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)
Kedua: AlQur'an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.
Ketiga: Fuqaha' terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.
Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A'raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?..... hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara 'amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. 'Zaman' merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. 'Makan' merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. 'Ikhwan': merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya' Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.
Menurut Prof Lamya' alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa'ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi'iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:
Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.