Photobucket Ahlan :
widgeo.net

Rabu, 26 Mei 2010

Lesen Judi Bola Sepak : Satu Alasan untuk diHalalkan??

Menjawab isu “judi bola sepak” yang hangat diperkatakan dan diperdebatkan di Malaysia, Markaz Pengumpulan Hasilan dan Kajian PMRAM (MANHAL) telah mengkaji isu ini dan akan menyebutkan pendapat ulamak serta pendirian PMRAM terhadap masalah ini.
1) Hukum bermain atau terlibat dengan perjudian adalah HARAM di sisi agama Islam. Bahkan para ulamak mengklasifikasikan jenis haram ini adalah haram secara qat’ie. Hukum ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Maidah, ayat 90.
Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya minuman keras, berjudi, (bekorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilan perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung”. Ayat di atas merupakan dalil yang jelas mengatakan bahawa pertaruhan dan judi merupakan perkara yang dilarang secara qati’e menurut syarak. Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan pertaruhan dan judi berdasarkan firman-Nya : “Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu”.
Selain dalil Al-Quran di atas para ulamak juga bersepakat tentang hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w serta ijmak ulamak. Ia adalah perkara usul yang melibatkan aqidah serta pegangan kita selaku umat Islam. Berdasarkan dalil ini, mereka yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dengan sengaja adalah terkeluar daripada agama Islam.

2) Melihat kepada konteks Malaysia selaku negara yang mempunyai majoriti umat Islam, perkara ini seharusnya tidak berlaku. Bahkan jika dikaji, setiap agama yang wujud juga melarang penganutnya daripada berjudi, kerana akibat serta kesannya kepada masyarakat amatlah buruk serta bahaya.

3) Amalan berjudi hanyalah akan melahirkan masyarakat yang hilang pedoman serta pertimbangan hidup, menggalakkan berlakunya permusuhan dan menghilangkan keberkatan hidup daripada Allah s.w.t. Maka tindakan pihak berwajib memberikan lesen judi kepada syarikat BERJAYA secara tidak langsung telah membuka ruang berlakunya kebejatan akhlak serta keruntuhan moral dikalangan masyarakat Malaysia.

4) Alasan yang digunakan adalah ‘untuk mengawal pertaruhan haram berlaku’ seolah-olah memperolokkan agama. Firman Allah s.w.t pada surah Al-Baqarah ayat 229 : “Itulah hukum-hukum Allah , maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim”.

5) Maka tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia ternyata menyalahi dan melanggar nilai moral agama. Hukum berjudi tetap tidak akan menjadi halal walaupun dengan cara memberi lesen. Kita boleh analogikan isu ini seperti hukum memakan babi. Adakah ia akan menjadi halal sekiranya kita menyembelih mengikut lunas Islam? Maka sudah pasti hukumnya tetap haram.

6) Oleh itu PMRAM menyeru kepada semua pendokong-pendokong Islam untuk bangkit dan menyatakan kebenaran terhadap isu yang berlaku ini. Kita tidak inginkan masyarakat Malaysia terjebak dalam perkara-perkara maksiat seperti ini. Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan kita untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini.

-Dari WEB PMRAM -

Isnin, 24 Mei 2010

Ratu Cantik?? Dimana nilai Islam yang sebenar.....


Pertandingan Ratu Cantik USA yang dimenangi oleh Rima Fakih baru-baru ini memberi satu tamparan hebat dan mencemarkan maruah wanita Islam. Sekali lagi imej Islam yang sudah cukup sempurna dari pelbagai aspek kehidupan dicalari. Pendedahan yang dibuat oleh beberapa akhbar seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam telah memenangi pertandingan Ratu Cantik yang dianjurkan oleh orang-orang kafir laknatullah.

Menurut laporan akhbar, Rima Fakih merupakan wanita berusia 24 tahun, berketurunan Arab Lebanon telah menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA, 18 Mei lalu yang mewakili Negara Michigan. Pertandingan itu disertai oleh 51 peserta, berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Rima yang berasal dari Dearborn, Michigan telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003. Rima juga mengakui bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian..

Kenyataan yang dibuat oleh akhbar-akhbar mengenai kemenangannya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan terhadap wanita Islam.

1. Wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA.

Label Islam yang diketengahkan seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam juga menyertai dan layak memenangi pertandingan Ratu Cantik. Islam tidak pernah melarang umatnya terutama wanita untuk berhias dan kelihatan cantik. Namun, ada cara dan batas tertentu yang digariskan Islam. Pertandingan Ratu Cantik USA ini, sudah jelas bertentangan dengan hukum Islam terhadap aurat wanita Islam yang wajib dipelihara daripada pandangan lelaki ajnabi, apatah lagi dibuat tayangan atau satu pertandingan. Ini merupakan salah satu amalan masyarakat jahiliyah yang merendahkan martabat wanita dan hanya dilabelkan sebagai bahan pemuas nafsu, tanpa ada sebarang fungsi.

2. Pengakuan Rima bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Islam adalah agama yang sempurna, tanpa perlu bergantung kepada agama lain. Allah juga menyuruh manusia mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Bagaimanakah mahu mengamalkan dua agama yang sudah jelas perbezaan perkara usul, iaitu Ketauhidan. Disini dapat dilihat satu plot untuk menjatuhkan Islam daripada hasil kefahaman Islam Liberal yang semakin menular dengan merosakkan pemikiran umat Islam supaya tidak lagi berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta hukum Islam yang sedia ada dalam konteks dan teori keagamaan yang bebas.

3. Alternatif Pertandingan Ratu Cantik


Tahun lalu, bertempat di Riyadh, seorang pemenang Ratu Cantik Sukaina Al-Zayer yang berselindung di sebalik purdah hitam yang menutupi seluruh wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahu betapa cantiknya rupa parasnya, namun dia bertuah kerana berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik. Para hakim tidak mengendahkan mengenai bagaimana cantiknya rupa paras satu-satunya ratu cantik dari Arab Saudi ini.


Sebaliknya apa yang mereka lihat dan nilai ialah 'Ratu Cantik Akhlak' dalam pertandingan yang menilai peserta yang menunjukkan kasih sayang dan hormat paling tinggi kepada ibu bapa. Ukuran yang dilihat adalah berdasarkan komitmen peserta terhadap moral Islamik. Malah, pengutamaan diberi kepada jiwa dan moral yang dimiliki seseorang tanpa hanya mengira kecantikan.


Inilah imej yang dibawa oleh Islam. Dalam apa jua keadaan, hukum Islam tetap diutamakan dan diamalkan secara menyeluruh di dalam kehidupan. Penegasan Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 :


“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu, dan isteri orang-orang mukmin, Hendaklah mereka melabuhkan jibabnya ke seluruh tubuh mereka. Demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu, mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

- dari Blog HEWI PMRAM -

Sabtu, 22 Mei 2010

SYURGA ATAU NERAKA ???

Assalamualaikum...

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA...
---------------------------------

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

- beramal semasa muda lagi
- bertolong-tolongan kerana Allah
- jauhi diri dan keluarga dari zina
- mendidik anak kewajipan beragama
- mendirikan solat wajib dan sunat
- bertahajjud di tengah malam
- menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
- bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
- berpaut hati pada masjid
- sentiasa belajar hal-ehwal agama
- sembahyang berjemaah
- selalu berada di tempat pengajian agama
- menziarahi orang sakit
- mengiringi mayat hingga ke kubur
- mengadakan khenduri cara Islam
- mendamaikan pergaduhan
- menolong anak yatim dan miskin
- dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan dibawah:

- tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
- kaya tapi bakhil
- menipu
- mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
- mengadakan majlis maksiat
- berzina atau menghampiri zina
- memakan harta anak yatim
- meringankan sembahyang
- tidak mengeluarkan zakat
- panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
- meninggalkan sembahyang
- durhaka kepada ibu bapa
- berbuat fitnah
- suami dayus (membebaskan isteri)
- ibu bapa dayus (membebaskan anak)
- makan harta haram
- berbohong dan berdusta
- menggunakan sihir
- dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Wallahu A'lam...

Beer Halal ???......Adakah Jahiliah Moden semakin meruncing??



Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. seksok bebudak sekolah minum arak haram pon org leh kata tu arak halal..nak wat camana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...



Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) 



KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.


Terima Kasih kerana MENDERMA untuk YAHUDI

"Rasa Riang Rasa Hebat , Membunuh Di PALESTINE "


Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my


Khamis, 20 Mei 2010

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah dan kedua matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa(Saidina Uthman b Affan R.A)

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Apabila Kiamat Tiba

Assalamualaikum...

Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. (Al-Infitar 1 -5)


Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, - Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan (Al-Taqwir : 1-13)


(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". (Ali Imran : 106)


Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman :33)


"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik) (As-Syuaara' : 88-89)


Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah),Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.(Al-Mumtahanah : 3)


Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (ke arah kebaikan) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah : 254)


Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya serta anak-anaknya; -Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, Tertawa, lagi bersuka ria; Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. - Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. ('Abasa 34-42)


Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri), Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri, Dan isteri serta saudaranya, Dan kaum kerabatnya yang melindunginya, Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya. (Al-Maarij 10-14)


Wallahu A'lam....



Rabu, 19 Mei 2010

Akal Dan Islam

Assalamualaikum...

Apabila ditanya, apakah akal diberi ruang menetapkan sesuatu hukum dalam Islam, dan sejauh-mana Islam membenarkan penggunaan akal. Maka disini dapat kita ringkaskan bahawa agama Islam telah diturunkan sebagai petunjuk kepada akal dalam semua perkara antaranya:

-Kepercayaan-kepercayaan berdasarkan tabiat semulajadi manusia yang memerlukan agama.
-Prinsip-prinsip akhlak secara umum dan khusus.
-Perundangan dari sudut kaedah-kaedah umum yang dibuat berdasarkan zaman dan perbezaan suasana kehidupan.

Islam juga diturunkan untuk memimpin rohani manusia bagi mencapai kesempurnaannya. Tetapi untuk mengetahui rohani dan cara bagaimana untuk mengetahui rohani itu sendiri, hendaklah diambil dan disandarkan kepada Allah SWT melalui al-Quran yang ternyata kebenaran dan kesesuaiannya mengikut setiap peredaran zaman.

Dari ini, timbul dua persoalan:

1) Adakah al-Quran memberi ruang kepada akal untuk berfikir dan menetapkan keputusan dalam sesuatu hukum? Firman Allah SWT di dalam al-Quran "Ambillah iktibar wahai orang-orang yang mempunyai fikiran (pandangan dan pendapat)" (al-Hasyr: 2)

Ayat ini menunjukkan bahawa al-Quran memberi ruang untuk menggunakan akal. Dengan keharusan menggunakan akal ini tidak semestinya sesuatu hukum kekal dengan pandangan dan penetapan ulama terdahulu. Ini kerana al-Quran merupakan petunjuk dan panduan terakhir kepada sekelian manusia yang bersesuaian dengan setiap zaman.

2- Bagaimana mencari sebab dan hikmah berdasarkan dalil-dalil hukum agama? Persoalan ini memerlukan penafsiran secara terperinci:

-Terdapat hukum yang diterangkan secara jelas oleh syarak sebab dan hikmah perlaksanaannya.
-Terdapat juga hukum yang tidak diterangkan oleh syarak sebab dan hikmahnya, ini memerlukan manusia mencari hikmah di dalam hukum tersebut dan tidak boleh dikatakan hukum-hukum yang ditetapkan oleh ulama terdahulu mempunyai hanya satu hikmah dan tidak ada hikmah selainnya. Ini disebabkan akal manusia tidak mengetahui secara tepat rahsia-rahsia yang terdapat disebalik sesuatu hukum yang diturunkan.
Kalau kita singkap kembali sejarah dan realiti yang berlaku menunjukkan bahawa akal boleh menghasilkan sesuatu tamadun yang tinggi, secara tidak langsung akal telah menjadi suatu wasilah bagi mencapai tamadun-tamadun tersebut.

Kita juga dapat lihat bagaimana sejarah dan realiti yang berlaku dalam bidang keagamaan, akal digunakan untuk mentafsir sesuatu hukum sehingga wujudnya berbilang-bilang mazhab dalam agama. Syarak juga memberi ruang kepada akal untuk memikirkan bagaimana alam terjadi dan terbina, maka persoalan-persoalan begini ditinggalkan dibenak pemikiran manusia untuk difikir, diteliti dan dipelajari sehingga tersingkapnya kebenaran kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan-Nya.

Jadi, terbuktilah bahawa sesungguhnya akal adalah satu anugerah dan wasilah bagi membezakan kebenaran dan kebatilan.

Wallahu A'lam....

Tajuk Asal: Tajdidul Khitobi Dini
Penulis: Dr. Muni` Abd. Halim Mahmud
(Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al-Azhar)

Selasa, 18 Mei 2010

Bagaimana Menghilangkan Sifat Marah?

Assalamualaikum wbt

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan"Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang  berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang  masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias,tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan  dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha  dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat  marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

wassalam

Sabtu, 15 Mei 2010

Muhasabah Diri

Assalamualaikum 
sahabat yang dihormati sekelian dan didoakan semoga sentiasa dirahmati ALLAH.

Bismillahirrahmanirrahim.


Percaya tak kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya,,,,,

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur... confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...wal'ia zubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang. Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang langgang untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah di masjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, di waktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hilang dan lain-lain. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, wal'ia zubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Tuhan nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca.dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya.  Nak khusyuk macam  mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua di depan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kepada raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kepada ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbiya' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kepada mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..

MEMBINA PENGHAYATAN BERAGAMA DALAM KELUARGA

Assalamualaikum....

MEMBINA PENGHAYATAN BERAGAMA DALAM KELUARGA

Seterusnya, demi meningkatkan kefahaman terhadap Islam, seseorang wajarlah tidak ketinggalan menyertai sebarang program agama yang diwujudkan didalam masyarakat setempat.  Contohnya, majlis-majlis Ceramah Agama, Majlis Maulidur Rasul, Majlis Berkhatam Al-Quran, Tahlil, Sembahyang Berjemaah di Masjid, Sembahyang Hari Raya, Sembahyang Tarawih, Majlis Berbuka Puasa dan juga Majlis Perkahwinan.  Diantara kebaikan yang diperolehi dari majlis-majlis begini adalah:

-  Mengeratkan tali silaturrahim diantara sesama jiran tetangga dan masyarakat setempat.
-  Menambah pengetahuan dan kefahaman Islam.
-  Meninggikan Syiar Islam.
-  Mengamal agama dalam segenap aspek kehidupan.

Setelah memahami Islam secara keseluruhan, setiap anggota keluarga perlulah mengamalkannya dari seluruh aspek kehidupan mereka.  Selain dari apa yang telah digariskan Islam secara khusus, perkara-perkara lain juga akan menjadi ibadah sekiranya menempuh lima syarat berikut:

a.  Niat mestilah kerana Allah
b.  Perlaksanaan mestilah mengikut syariat Islam
c.  Apa jua yang dilakukan itu sah menurut Islam
d.  Tidak melanggar perkara asas dalam Islam, umpamanya rukun Islam yang lima.
e.  Natijah yang betul disisi Allah

Contohnya berniaga.  Seseorang dikira sedang beribadah disepanjang dia berniaga jika menurut kaedah lima syarat di atas.

a.  Niatnya berniaga adalah kerana Allah.  Iaitu:
- Mencari rezeki demi menyara keluarganya untuk memenuhi tanggungjawab kepada keluarga.
- Membekalkan bekalan makanan suci dan bersih, melepaskan tuntutan fardhu kifayah umat
b.  Perlaksanaannya menurut syariat Islam
-  Tidak melakukan penipuan dari sudut timbangan atau teknik jual beli.
-  Menjauhi riba
c.  Apa yang dilakukan itu sah disisi syariat Islam.
-  Dia tidak menjual sesuatu yang diharamkan atau makruh disisi Islam, seperti daging babi, arak, tiket loteri atau rokok.
d.  Natijahnya adalah kerana Allah
-  Apa jua keuntungan yang diperolehi dari perniagaannya, yang lebih dari keperluannya digunakan untuk kemaslahatan umat Islam.  Contohnya memberi sedekah, membangunkan pondok menunggu bas dan sebagainya.
Begitulah tamsilannya untuk perbuatan-perbuatan lain seperti memasak, menjahit, beriadah dan rekreasi, berhibur, menguruskan rumahtangga, membersihkan kawasan rumah, berinteraksi dengan jiran tetangga, menjalin silaturrahim, bersama-sama mencegah yang mungkar dan mengajak orang mengamalkan perkara yang makruf.

MEMBEBASKAN RUMAH DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG DI HARAMKAN

Rumahtangga hendaklah dibebaskan dari perkara-perkara yang diharamkan.  Perkara-perkara yang diharamkan oleh agama terdiri dari berbagai bentuk.  Contohnya seperti makanan, barang-barang perhiasan rumah berupa patung-patung, arak, gambar-gambar bintang popular, kalender yang mendedahkan aurat, alat pandang dengar seperti kaset dan video, alat-alat solek dan barang keperluan keluarga seharian seperti beg dan kasut kulit, sabun mandi, ubat gigi, ubat-ubatan dan sebagainya.  Kesemua ini hendaklah dipelihara dari mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti berikut:

1.  Memastikan makanan minum dari sumber yang halal.
Ibubapa hendaklah memastikan bahawa makanan yang dimakan oleh ahli keluarga adalah benar-benar halal dan jauh dari sumber-sumber syubhat.  Ini termasuklah:
Bahan-bahan dari mana ia diperbuat – mungkin mengandungi unsur-unsur khinzir, alkohol, gelatin dan sebagainya.
-  Cara memperbuatnya – menggunakan daging yang tidak disembelih secara Islam.
-  Barang makanan seperti sayur-sayuran, telur, ikan dan daging, minuman hendaklah dicuci dengan bersih.  Jika tidak, ahli keluarga akan termakan makanan yang mengandungi najis.  Air yang dimasuki semut dengan sengaja hukumnya najis..  Dan ia hendaklah dibuang dengan sesudu air.  Kebanyakan orang suka mengambil mudah perkara-perkara ini.  Walhal kecuaian menjaga kebersihan, akan menyebabkan hati seseorang menjadi gelap.  Hati yang gelap sukar menerima hidayah dan petunjuk dari Allah.
2.  Menjaga persekitaran rumah kekotoran.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, mereka sudah pastinya tidak dapat lari dari masalah pembuangan najis merata-rata.  Walaupun kanak-kanak itu telah dibalut dengan lampin dengan sempurna, kadangkala berlaku juga kebocoran dimana-mana.  Oleh itu, pastikanlah bahawa najis-najis ini telah dicuci dengan bersih mengikut kaedah feqah yang betul.  Jika tidak, tidak sah amalan yang dilakukan oleh ahli rumah jika najis itu terbawa atau melekat pada tempat sembahyang, anggota badan dan pakaian.

MENANAM BIBIT-BIBIT AGAMA DI KALANGAN ANAK-ANAK SEJAK AWAL LAGI

Didiklah anak-anak untuk mentaati perintah Allah sejak dari kecil lagi.  Bagi anak-anak yang masih kecil, fitrah mereka asalnya bersih, iaitu mahu taat perintah Tuhan.  Oleh itu, tidak menjadi masalah besar untuk mereka diajar mematuhi perintah Tuhan.  Hanya ibu bapa yang perlu memastikan agar mereka dibiasakan dengan syariat Islam sejak kecil.  Apabila ia telah besar, tidak susahlah bagi pihak ibu bapa hendak menyuruh mereka melakukan solat dan menutup aurat kerana ianya sudah menjadi satu budaya hidup mereka.  Pepatah Melayu ada mengatakan Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung.

Jika sudah besar (remaja), baru hendak disuruh mengamalkan Islam, tentulah ibu bapa akan berhadapan dengan berbagai masalah dan alasan.  Contohnya, pening kepala dan panas apabila diminta menutup aurat, berat untuk bangun mengerjakan solat Subuh, lidah sudah keras dengan sebutan lirik lagu-lagu barat yang kebanyakannya berunsur lucah, dan agak payah untuk diajar mengaji dan mempelajari ilmu Tajwid.  Hatinya susah untuk memahami ilmu Tauhid kerana akalnya sudah dibiasakan mengenali sesuatu hanya berdasarkan logik dan nyata pada mata kasar saja.

Oleh itu, cara untuk menasihati anak-anak remaja ini tidak boleh dilakukan secara sebarangan.  Ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran.  Jika si ibu atau bapa bertindak kasar, berleter sehari-harian, mereka akan mudah merasa bosan, merajuk, lantas melarikan diri dari rumah.  Oleh kerana itu, perlu ibu bapa mendidik anak agar cinta kepada Islam sejak mereka kecil lagi.
Diantara perkara yang perlu diajar kepada mereka adalah:

1.  Ajarlah anak-anak mengenal Allah:
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Awal-awal agama ialah mengenal Allah.”(Hadith)

a.  Semasa mengandung:
Seseorang ibu seharusnya banyak membaca al-Quran, berwirid, mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, beristighfar, bertaubat, berselawat dan sebagainya.  Ini adalah supaya anak ini akan terbiasa dengan mendengar akan ayat-ayat Allah.  Mudah-mudahan, dia akan membesar dengan jiwa yang dekat dengan Allah.  Sensitif dengan Allah dan taat perintahNya.
-  Dengan membaca Al-Quran:
Ibu juga akan diberi ketenangan jiwa oleh Allah sekiranya ibadat-ibadat ini dilakukan dengan penuh keikhlasan, khusyuk dan rasa kehambaan.  Hasilnya ibu akan terhindar dari perasaan pemarah, kurang sabar, pendendam dan sebarang tekanan jiwa yang lazimnya dihadapi oleh wanita yang mengandung.
-  Ibu akan diberi Allah kekuatan untuk menghadapi ujian hidup.  Sudah pasti wanita yang mengandung kerap kali menerima berbagai perubahan perasaan selaras dengan pertukaran hormon didalam badan.  Tambah pula, sesetengah mereka mengalami keadaan alahan seperti, muntah-muntah, pening kepala, dan sebagainya.  Dalam masa yang sama, mereka terpaksa menjalankan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan tugas di pejabat.  Tanpa kekuatan rohani, ibu-ibu akan mengalami tekanan perasaan dan mempengaruhi bayi yang sedang dikandung.  Untuk mengatasi masalah ini, ibu-ibu perlu banyak melakukan ibadah-ibadah sunat.

b.  Sewaktu kelahiran anak:
Anak-anak disambut oleh doktor dan jururawat Islam dalam suasana yang terkawal syariat. Diperdengarkan azan dan iqamah kepadanya, ditahnikkan dan sebagainya amalan yang disunatkan didalam Islam.  Sekiranya ketika manusia mati, dia dihantar ke kubur dengan ditalqinkan.  Maka, ketika dia dilahirkan ke dunia, juga dia disambut dengan ucapan Allah dan Rasul.

c.  Peringkat awal usia (Usia bayi hingga peringkat pra persekolahan).
- Perkenalkan anak-anak dengan benda-benda dan makhluk ciptaan Allah yang wujud di sekelilingnya.  Sama ada yang kecil atau besar.  Yang dapat dilihat oleh pancaindera, dapat dirasa oleh derianya atau yang dapat difikirkan dengan akalnya.  Contohnya:  Menunjukkan kepada mereka tentang pokok, bahagian-bahagian yang terdapat pada pokok, warna daun, bunga, buah, memerlukan air, udara, tanah untuk hidup.  Memperkenalkan tentang binatang-binatang, seperti harimau, kuda, ular, siput, ulat beluncas dan sebagainya.  Begitu juga dengan malam dan siang, matahari, bulan dan bintang.  Kesemuanya dikaitkan dengan Allah sebagai penciptanya.
- Ajak mereka berfikir tentang kejadian Allah ini.  Sifat-sifat mereka, cara hidup mereka, ciri-ciri mulia yang ada pada mereka.  Contohnya sifat bekerjasama di kalangan masyarakat semut, sifat kasih sayang yang wujud dalam diri binatang-binatang ini.
- Ajaklah mereka berfikir tentang kebesaran Allah, kekuasaan Allah, menerusi apa yang terdapat di alam ini.
- Cungkil matahati mereka untuk mengenal kekuasaan Allah yang luar biasa.  Contohnya, kejadian langit tanpa tiang, tumbuh-tumbuhan yang segar bisa saja musnah oleh sebab banjir, kemarau.  Semua ini tidak dapat dihindar oleh manusia.  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah yang tidak dapat ditolak oleh manusia.  Tanamkan perkara-perkara ini dalam jiwa anak-anak agar mereka rasa gerun dengan kekuasaan Allah, hakikat Allah sentiasa melihat segala perbuatan mereka, merasa Allah sebagai pelindung utama, mengharap pada pertolongan Allah dan bersyukur dengan pemberian Allah.
2.  Biasakan anak-anak dengan tatacara dan disiplin cara hidup Islam.
-  Sentiasa mengawasi pergaulan, pertuturan mereka agar tidak bertentangan dengan Islam.
-  Membiasakan mereka dengan sebahagian dari syariat dan adab-adab dalam Islam yang agak mudah untuk mereka lakukan.  Contohnya, bersuci, bersembahyang, menutup aurat, berakhlak mulia, bersyukur, berdoa dan sebagainya.  Berilah mereka ganjaran yang baik sekiranya mereka melakukan sifat-sifat positif ini.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Suruh anak-anak kamu bersembahyang, apabila mereka mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak bersembahyang, apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun, dan pisahkanlah antara mereka di tempat tidur.” (Riwayat Al Hakim dan Abu Daud)
“Kerjakanlah segala rupa ketaatan kepada Allah, dan takutlah membuat maksiat-maksiat kepadaNya, dan suruhlah anak-anak kamu supaya menurut segala perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya.  Itulah yang dikatakan pemeliharaan diri mereka dan diri kamu daripada api neraka.” (Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnul Munzir)
-  Suburkan jiwa mereka dengan cerita-cerita mengenai rasul-rasul, para nabi dan orang-orang soleh.  Tujuannya supaya mereka suka meniru akhlak baik para kekasih Allah ini, seperti sabar menerima ketentuan Allah.
-  Kemudian beransur-ansur mengajarkan mereka tentang adab-adab terhadap ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga, terhadap guru-guru dan teman-teman, adab makan-minum, bergaul; dan sebagainya.
Inilah diantara pendidikan yang patut dilakukan bagi anak-anak di peringkat pra sekolah.

MEMBINA PERSEKITARAN BERAGAMA

Dalam usaha memantapkan kefahaman Islam di kalangan anggota keluarga, ketua keluarga hendaklah mewujudkan persekitaran agama didalam rumahtangga.  Diantara perkara yang boleh dilakukan termasuklah:
a.  Memperbanyak koleksi buku agama
Ibu bapa hendaklah memperbanyakkan koleksi buku agama di rumah.  Mengadakan perpustakaan kecil di rumah dan memberi perhatian khusus terhadap bahan bacaan agama.  Ibu bapa boleh melanggan majalah dan surat khabar bercorak agama.
b.  Minat kepada ilmu agama
Untuk menambah minat anak-anak terhadap ilmu agama ibu bapa boleh menjalankan langkah-langkah berikut:-
-  Membawa anak-anak mereka ke pesta-pesta buku Islam.
-  Mendedahkan mereka kepada ilmu agama dalam pelbagai bentuk, seperti konsert-konsert nasyid, kaset dan video (seperti Jejak Rasul), bahan-bahan multimedia, khemah ibadah dan sebagainya.
-  Sewaktu masa lapang bersama keluarga, adakan dialog dan perbincangan dengan anak-anak tentang isu-isu semasa.  Bincangkan tentang kebijaksanaan Islam dalam menangani masalah tersebut.
-  Bawa anak-anak bermusafir, dalam sebuah kereta atau van, melancong sambil melihat kebesaran Allah ditepi-tepi pantai, bukit-bakau dan gunung-ganang.  Sambil itu, ajak mereka memikirkan kebesaran Allah, mencungkil hikmah di sebalik kejadian alam tersebut.  Atau tamsilkan alam semula jadi dengan kehidupan selepas mati.  Umpamanya, mengibaratkan tasik yang terbentang luas sebagai lautan api neraka.  Ini adalah untuk menimbulkan rasa gerun terhadap api neraka.  Sekaligus menambah keyakinan terhadap pembalasan Allah..
c.  Menyertai program peningkatan ilmu agama
Bawalah anak-anak menghadiri sebarang program yang boleh meningkatkan ilmu agama seperti kuliah-kuliah fardhu ain di masjid, surau, atau sebarang khemah-khemah ibadah.  Bagi yang berkemampuan, bawalah anak-anak menziarahi tempat-tempat peninggalan sejarah Islam seperti di Turki, Sepanyol dan Uzbekistan.  Begitu juga dengan tempat-tempat bersejarah seperti Laut Mati yang mempunyai sejarah berkenaan kutukan Allah terhadap orang yang melanggar perintahNya.  Apa yang perlu ditekankan didalam lawatan ini ialah mendapatkan pengajaran tersirat dari sesuatu tempat itu.
d.  Membentuk disiplin ibadah di kalangan ahli keluarga.
Latih anggota keluarga dan anak-anak dengan disiplin ibadah sejak mereka kecil..  Diantaranya ialah:-
-  Membaca al-Quran menjadi aktiviti harian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara:  Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada didalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-orang suciNya.” (Hadith)
Seelok-eloknya ibu dan ayah menjadikan kegiatan membaca Al-Quran sebagai aktiviti harian keluarga.  Sambil itu, diperhatikan makna yang tersurat.  Didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang berbentuk peringatan, doa, suruhan, larangan, amaran, ganjaran dan siksaan Allah.  Selain dari itu terdapat juga pengetahuan berkenaan alam semesta.  Selain berfungsi sebagai pelindung dari godaan syaitan, merenungi makna yang terdapat didalam ayat-ayat tersebut dapat menanamkan keinsafan dan menguatkan iman.  Ayat-ayat Al Quran juga berfungsi memberi ketenangan jiwa kepada pembacanya.  Allah berfirman maksudnya:-
Dan diantara tanda-tanda kekuasanNya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.”(Ar-Rum : 24)
-  Mempraktik sembahyang berjemaah.
Ibu bapa wajar memberi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.  Tidak memadai dengan hanya berkata-kata, menyuruh berbuat baik, beribadah, berbuat itu dan ini, tanpa mereka sendiri melaksanakannya.  Salah satu caranya ialah dengan melakukan sembahyang berjemaah.
Sembahyang berjemaah merupakan satu cara halus yang wujud didalam Islam untuk menyatukan hati-hati manusia.  Sewaktu Rasulullah mula membuka negara Islam di Madinah, masjid merupakan bangunan awal yang dibina.  Masjid merupakan lambang perpaduan umat.
Umat yang bersatu padu akan kuat.  Samada bersatu dalam membangunkan yang makruf atau mencegah yang mungkar.  Didalam masjid, selain menjalankan ibadah sebagai sendi agama, umat Islam dapat berbincang hal-hal yang diharuskan didalam agama seperti menyelesaikan masalah masyarakat, dan mengatur berbagai program demi membangunkan negara.  Pada zaman silam, masjid juga digunakan sebagai tempat ahli perang mengatur strategi peperangan, dan juga sebagai tempat para cerdik pandai dan pakar-pakar Islam dari berbagai bidang berbincang demi kemaslahatan umat.  Tetapi di zaman ini, amatlah menyedihkan apabila masjid menjadi sarang penagih dadah!
Dalam konteks rumahtangga, sembahyang jemaah berperanan sebagai alat yang mengikat hati ahli keluarga.  Mungkin ianya susah diterima menurut logik akal.  Tetapi cuba anda perhati falsafah yang terkandung disebalik perbuatan ini.  Dalam sesebuah keluarga, selalunya ayah dan ibu sibuk seharian mencari nafkah bertugas di luar rumah..  Lewat petang, atau lewat malam baru masing-masing pulang ke rumah.  Anak-anak pula seharian tidak bertemu ibu dan ayah.  Pulang dari sekolah lewat maghrib dan setengahnya pula terpaksa pergi ke tuisyen di sebelah malam.  Tidak punya masa panjang dengan ibu dan ayah.  Akibatnya, ikatan hati di antara ibu ayah dan anak-anak akan menjadi longgsar.  Anak-anak akan bertindak liar dengan ibu bapa mereka.
Oleh itu, ibu dan ayah perlu melaungkan sedikit masa berkumpul sesama ahli keluarga.  Diantara caranya ialah menjalankan solat berjemaah setiap hari.  Paling kurang, ambillah waktu Maghrib, Isyak dan Subuh.  Selesai menjalankan solat berjemaah ini, ibu ayah serta anak-anak bersalam-salaman diantara satu sama lain.  Isteri memohon maaf terhadap suaminya.  Terdapat dalam satu hadis bermaksud, apabila isteri bersalaman dengan suaminya, maka akan gugurlah segala dosa-dosa dari celah jari-jarinya.  Anak-anak mencium tangan kedua ibu dan bapanya.  Konsep kemaafan ini seharusnya menjadi amalan setiap masa dan bukannya hanya di pagi Aidil Fitri saja.  Bermaaf-maafan ini dapat melapangkan dada kerana dendam kesumat akan hilang.  Fikiran akan lebih sihat dan jiwa lebih tenang.  Perhubungan diantara sesama ahli keluarga bertambah erat.
Sekali-sekala jika ada kelapangan, atau dihujung minggu, ayah sebagai ketua keluarga seelok-eloknya memberi beberapa pesanan, nasihat dan peringatan agama untuk ahli keluarganya.
Selang masa diantara waktu Maghrib dan Isyak boleh juga digunakan untuk mendekati anak-anak.  Menyelami perasaan dan masalah seharian mereka.  Gunakan pendekatan berbeza ketika cuba menyelami perasaan mereka.  Anak-anak sangat mengharapkan ibu bapa dalam menghadapi hidup ini.  Ibu bapa sewajarnya menjadi rakan baik dan kaunselor kepada mereka.
Gunakanlah pendekatan yang bijaksana.  Maka mereka dengan mudah akan menceritakan masalah mereka.  Dengan cara ini, anak-anak lebih menghormati dan menghargai ibu bapa mereka.
Sekiranya ibu bapa menggunakan pendekatan yang keras (sebagaimana orang-orang tua dahulu kala), mereka akan lari.  Mereka akan pergi mendapatkan kawan-kawan mereka untuk meminta nasihat dan pandangan..  Sekiranya mereka bertemu dengan kawan yang baik, beruntunglah mereka.  Tetapi jika sebaliknya, kecelakaanlah bakal menimpa.
Selain dari itu, bilamana sembahyang berjemaah dilakukan, ayah, ibu, dan anak-anak, masing-masing akan tunduk, merafak sembah di hadapan Allah, seolah-olah mereka menyatakan kesanggupan masing-masing menjalankan hak-hak dan tanggungjawab yang telah dibebankan oleh Allah ke atas bahu mereka..  Masing-masing seolah-olah membaharui ikrar kepada Allah SWT untuk menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahNya dengan bersungguh-sungguh.
e.  Adakan ruang  khas untuk solat dalam rumah
Ibu bapa sewajarnya membina satu ruang khas untuk solat di rumah.  Bilik ini seelok-eloknya terletak di satu sudut rumah yang jauh dari kebisingan radio dan televisyen, agar tidak mengganggu orang yang sedang beribadah didalamnya.  Didalam bilik ini boleh ditampalkan dengan poster-poster doa harian, gambar-gambar pemandangan alam semula jadi yang harmoni, mengingatkan hamba kepada kebesaran Tuhannya.  Boleh juga dihiaskan dengan poster berkenaan ingatkan mati.  Mudah-mudahan dengan adanya poster-poster begini dapat membantu mendapatkan sembahyang yang khusyuk.
Disatu sudut pula boleh diletakkan buku-buku agama, kitab-kitab, surah Yasin dan Al-Quran.  Ini untuk memudahkan ahli keluarga membaca Al-Quran selepas selesai menunaikan sembahyang.

MENJALIN RANGKAIAN SAHABAT YANG CINTA KEPADA AGAMA

Didalam sebuah hadis, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, bahawa seseorang itu adalah menurut agama temannya.  Maksudnya, kelakuan seseorang itu amat dipengaruhi oleh tingkah laku rakan-rakan sepergaulan dengannya.  Jika orang-orang yang menjadi teman sehariannya baik, maka perangilah perangai seseorang itu.  Dan sebaliknya:
-  Membiasakan anak-anak dengan orang-orang yang cinta agama.
-  Meletakkan anak-anak di bawah jagaan pengasuh yang cinta agama.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, mereka hendaklah memastikan bahawa anak-anak kecil mereka dihantar kepada pengasuh-pengasuh yang berakhlak baik dan menghayati Islam.  Anak-anak ini akan didendangkan dengan kalimah-kalimah Allah sewaktu mereka ditidurkan.  Mereka terhindar dari mendengar perkataan-perkataan yang buruk, kotor dan carut-marut.  Pengasuh yang beriman akan memastikan bahawa anak-anak ini dihidangkan dengan makanan yang bersih dan suci dan terbiasa dengan akhlak yang mulia.  Apabila anak-anak dibiasakan dengan pengasuh-pengasuh yang bersembahyang, mengaji Quran, anak-anak terbiasa dengan amalan-amalan Islam sejak kecil.
-  Menghantar anak-anak ke tadika dan sekolah agama
Pastikan bahawa anak-anak dihantar ke institusi yang berteraskan Islam.  Di tadika Islam, terdapat berbagai jenis pengisian berbentuk Islam diberi kepada anak-anak.  Contohnya, anak-anak diajar adab-adab dalam Islam, akhlak mulia, hiburan berbentuk Islam dan cerita-cerita teladan Islam.  Anak-anak akan diperkenalkan dengan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, kisah nabi-nabi yang penuh dengan contoh tauladan yang baik.  Anak-anak akan terpengaruh dengan sifat mulia orang-orang yang menjadi kekasih Allah ini.
Disekolah agama pula, selain dari anak-anak berpeluang mempelajari ilmu fardhu ain, mereka berpeluang belajar bahasa Arab.
Sebagai kesimpulannya, anak-anak yang dibiasakan bergaul dengan orang-orang yang soleh dan beriman, akan mendapat pengetahuan yang berguna dan terpengaruh dengan akhlak mulia mereka.
Dalam konteks kehidupan berkeluarga, suami isteri boleh menjalin persahabatan dengan sahabat-sahabat yang cintakan agama.  Iaitu orang-orang yang suka menegakkan perkara-perkara yang menjadi suruhan Allah dan menjauhkan diri dari larangan Allah.  Untuk ini, mereka boleh membentuk satu perkumpulan di waktu hujung minggu, mengadakan majlis perjumpaan di rumah sesama mereka.  Dalam majlis perjumpaan ini, selain untuk menambah tali silaturrahim, bolehlah diadakan sessi kuliah dan perbincangan mengenai hal-hal agama.

MEMBERI PENEKANAN SEIMBANG ANTARA ILMU AGAMA DAN AKADEMIK

Untuk menjalankan tugas sebagai seorang khalifah Allah, seseorang manusia perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu agama dan akademik.  Ilmu akademik disini meliputi pengetahuan di bidang sains dan teknologi, sama ada di sudut teknikal atau vokasional.  Keduanya saling lengkap-melengkapi diantara satu sama lain.  Perhatikan yang berikut:
i.  Kurang ilmu agama tetapi lengkap ilmu akademik.
Tanpa ilmu agama, manusia akan hidup liar, mementingkan diri sendiri dan berperangai seperti haiwan.
Rumahtangga dapat menjadi porak peranda.  Suami dan isteri bercakaran, lupa dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.  Walaupun masing-masing berkelulusan tinggi di bidang akademik.  Di tempat kerja, merekalah jaguh, pemimpin yang disegani, pekerja contoh.  Tetapi berhadapan dengan ragam pasangan masing-masing dan anak-anak di rumah, mereka tidak dapat bersabar.  Mudah saja melepaskan geram dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap pasangan masing-masing atau anak-anak yang tidak berdosa.  Maka berlakulah berbagai-bagai kes penderaan.  Pengetahuan tinggi di bidang akademik tidak mampu menjadikan mereka manusia yang sabar, bertolak ansur, bertanggungjawab dan berkasih sayang.
ii.  Kurang ilmu akademik tetapi lengkap ilmu agama.
Didalam situasi hidup berkeluarga, taraf ekonominya amat bergantung kepada tahap ilmu akademik ahlinya.  Jika rendah tahap akademik, akan rendahlah taraf ekonomi keluarga tersebut.  Hidup dalam serba kekurangan, makanan, perlindungan, kesihatan juga turut terjejas.
Kedapatan ahli keluarga yang ramai, tetapi terpaksa tinggal didalam sebuah rumah sempit berbilik dua.  Adik beradik lelaki dan perempuan, malah kadang-kala ibu dan ayah tidur setempat.  Dengan tidak sengaja, si ayah telah meniduri anak perempuannya yang disangkanya isterinya.  Kejadian seperti ini pernah diceritakan oleh seorang lelaki didalam sebuah akhbar tabloid di Malaysia.
Dalam menghadapi situasi hidup yang miskin, bagi orang yang lemah imannya, mudah saja terjerumus ke dalam lembah dosa.  Mereka sanggup membuat kerja-kerja yang diharamkan seperti mencuri, melacurkan diri, menjual dadah dan sebagainya demi untuk mendapatkan sesuap nasi atau hidup mewah.  Walau pun, mereka tahu sesuatu perbuatan itu haram hukumnya disisi Islam.
Kesimpulannya, ilmu agama dan ilmu akademik saja kepentingannya.  Ia saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.  Yang terlebih utama ialah penghayatan terhadap ilmu agama itu sendiri.  Ilmu akademik membekalkan manusia dengan kemahiran teknologi untuk membina pembangunan dunia.  Manakala penghayatan terhadap ilmu agama akan membentuk individu yang bertaqwa, amanah, jujur dan bertanggungjawab didalam menjalankan kerjanya.
Dengan kata lain lahir individu yang digelar ‘ahli sufi yang berteknologi’.  Iaitu seorang yang bekerja keras untuk kehidupan dunia, membangunkan tamaddun dunia.  Produktiviti negara akan bertambah.  Namun, hatinya tidak terlekat atau tertipu dengan kehidupan dunia itu sendiri.  Apa yang pernting baginya ialah mencari keredhaan Allah.

SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT

Ibu bapa, suami dan isteri yang telah sedar dan mahu menghayati Islam, mestilah sentiasa berdoa agar Allah akan mengekalkan hidayah dan petunjuk yang diberikan ke atas mereka sekeluarga.  Berdoalah dengan doa-doa yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW seperti:
a.  “Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kami, berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi.(Al Hasyar: 10)
b.  “Ya Allah berikanlah dari isteri-isteri dan zuriat-zuriat kami orang-orang yang menjadi idaman hati di masyarakat, dan jadikanlah kami menjadi ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Furqan: 72)
c.  “Ya Allah, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Al Baqarah: 127)
d.  “Ya Allah, kami mohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu dan berkah rezeki.  Dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati.  Ya Allah, mudahkanlah kami pada gelombang sakratul maut, dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab.”
-  Memohon kebaikan dunia dan akhirat.
-  Memohon dimatikan didalam Husnul Khatimah (baik kesudahan) dan dijauhkan dari Suul Khatimah (buruk kesudahan).

PENUTUP

KELUARGA merupakan asas kepada pembangunan negara.  Keluarga yang bahagia akan melahirkan rakyat yang dapat menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara.  Kebahagiaan sesebuah keluarga pula amat bergantung kepada sejauh mana ahli keluarga itu berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran  agama Islam. Penghayatan terhadap agama dan berpegang teguh kepada etika hidup yang baik akan menjamin kebahagiaan hidup sesebuah keluarga.  Menjadi kewajipan setiap ahli keluarga mengamalkan  nilai murni dan ibubapa hendaklah konsisten dalam mendidik anak-anak agar sentiasa mengamalkan perintah serta menjauhi larangan Allah.

Wallahu A'lam....